Wednesday, December 17, 2014

Gelita

Bau baunya masih setia menunggu
Jarang betul aku lupa
Ingatan biar beku

Reset.

Ternyata
Masih jelas 
bayang bayangnya
Masih harum
bau baunya

Rindu.

Aku tahu 
kau pun tahu.

Aku tahu
kau pun rindu

Aku tahu
kau jugak seperti aku








Wednesday, November 12, 2014

Prolog "Adik ku, Abg mu Remy Lohour"

Masih lagi tekun menulis
dan hari ini 

"Adik ku, Abg mu Remy Lohour"

siap di tulis.

Monday, November 10, 2014

Keliru

Serpihan serpihan yang hilang


dan serpihan itu adalah 

separuh dari aku...

Aku sendiri keliru

mahu gembira 
mahu duka

Ahh Bajingan

Friday, November 7, 2014

Aku kalah.

Bila aku sedang leka 
datang bau tiba tiba
datangnya laju
belum sempat dihidu 
aku tahu bau ini
terus tertusuk jiwa
saat ini aku tahu
aku sedang rindu 

Monday, October 6, 2014

Akhirnya Puisi Aku Tahu Berehat.

Tahniah
Aku dah berhenti fikir
tentang Siapa Kau.

Aku harap ini bukan mimpi
kerana puisi aku sudah tenat
asyik
dihujani dengan kesedihan.

Monday, September 8, 2014

Semalam dia bertemu tahi bintang dan perasaannya cemas kerana disangkakan jatuh tepat ke....

Aku dah jarang menulis
Aku dah jarang bercerita
Aku lebih banyak memendam rasa
Aku lebih banyak berimaginasi gila

Penah kau rasa apa aku rasa ?
Penah ?

Jadi tolong 
berhenti sebar cerita
berhenti tulis kau tahu aku siapa
berhenti tulis kau mengerti apa aku rasa

kerana

kau hanya hadir sementara





Pendekar itu aku dan itu hanya sementara.

Beberapa hari ini aku ditiup satu semangat pendekar
aku tanam nawaitu nak mengorak langkah
aku asahkan segala buah 
aku tajamkan keris sakti
aku mula pasang kuda kuda
baru saja mahu menghunus keris 

tiba tiba datang satu ribut

dibawanya semangat 
aku entah kemana

semuanya tergantung
macam entri ini.

aku rasa semangat itu dah ditelan galaksi
jauh dari sini
Ahh Bangsat!!



Asap Sigar

Asap asap sigar 
tolong aku 
hapuskan segala bau
yang pekat tajam 
membunuh deria

Asap asap sigar
tolong aku
kelamkan mata
ada yang masih 
jelas bayangnya

Asap asap sigar
tolong aku
kirimkan dia 
rasa ini 
rasa yang menikam 
sengsara air tangan dia



Monday, August 18, 2014

Jaga Jaga

Jaga jaga 
dalam diam
aku sedang kumpul
kata kata

jaga jaga 
dalam diam
aku akan terus
memberontak gila

jaga jaga
dalam ini
tiada siapa tahu apa apa

Tuesday, July 1, 2014

Luka

Luka ini
sementara berdarah
dibiar bernanah

tetapi parut ini
kekal selamanya
sehingga di dalam kubur
jasad tertanam
sehingga reput 
jasad di telan

Tuesday, June 17, 2014

Rasa

Satu hari nanti
kau sendiri rasa

aku harap kau rasa
walaupun aku tahu berbeza
dan airmata kau itu 
hanya sia sia.

Saturday, June 7, 2014

Maka dia sudah dewasa. ADIK

Semalam sudah angah sampaikan
dari bibir ini terus ke telinga
dari hati ini terus ke akal
dari akal ini terus ke hatimu

hari ini
adalah hari kelahirmu
hari ini
adalah hari kemegahanmu
dan hari ini juga
adalah hari untuk kamu merenung jauh

segala gala pantas
seperti peluru
dan ia sudahpun ke lembaran baru
yang harus kamu tempuhi

kini dedaun kamu
sudah mula menghijau
dan akan terus menghijau
sehingga kekuningan reput

semaikanlah hati mu bersama kedamaian
supaya hati tiada cela dan cacat
buang segala ego dan dendam
supaya hidup berlandaskan ikhlas hadir senyuman

dan senyuman ini juga akan terpadam
tetapi kenangan itu
akan bertahan selamannya

angah lakarkan sebuah puisi ini
sebagai ingatan
ketika kita masih bernafas yang sama
ketika kita bertegur sapa
dan ketika kita masih bersama
semoga ia bermakna dan memiliki erti


Selamat Hari Lahir
senyum lah sikit
kerana ia mampu
membuatkan hati kamu
seperti di langit.










Friday, May 9, 2014

Hujan

jauh aku renung
khayal sekejap melihat awan
masih jelas sepi terbayang

dan 
ketika itu hujan pun datang

Thursday, May 1, 2014

Diam.

Racun hati 
Tengkorak sepi
Menari jari
Musik kerusi
Diam diam ubi berisi
Diam aku jadikan puisi



Wednesday, April 30, 2014

5 pagi

pukul 5 pagi
tak ada apa sangat dalam layar fikiran
yang ada cuma
...
..
.
.
.
.
seperti selalu
esok datang lagi
aku mahu terus terus begini.

Friday, April 25, 2014

Tenat.

Sesekali pejam mata
Kenang moment indah semua
Dalan indah kita menang
Dalam indah kita tenang

Jangan buka mata
Biar terus buta
Biar

Aku mahu terus dipukau 
Aku mahu terus menari 
Melompat dan terus melompat
Penuh riang gelak tawa
Kerana aku sudah tenat
Fikir soal kau lahanat!

Monday, April 21, 2014

KL....aku tawar hati.

"nanti sampai kl roger roger la wei!"
"datang kl bukan nak lepak apa, sombong taknak roger. datang sebab gig je."
"babi kan kau ni, datang kl tak ckp"
"takpe kau datang je kl terus call aku"
"bila nak datang kl wei? babi rindu doh"


dan bila aku jejak kaki di tengah kota yang malaikat pun tak nak singgah ni
antara manusia dengan hantu bergaul jadi satu
tangan mula capai phone
scroll nama nama yang bicaranya manis manis belaka


tett tett tett tett tettt......

"sorry wei aku kat kampung ni"
"la kau kat kl ke ? asal tak cakap awal doh kau nak datang"
"aku malas arr nak masuk kl tuu, gila apa nak masuk kl, jam bodo"
"sorry aku tengah kerja ni, nanti apa apa aku call balik"
"ayah aku tak kasi keluar la wei"
"jauh laa nak gi kat kau tuu, kau datang la sini dekat sikit'


aku cuba paham keadaan mereka dalam diam
sambil mulut pun diam diam hembus
PUKI!!!

Saturday, April 19, 2014

Makan hati

Hari hari makan hati
Tak guna aku tunggu lagi
Kalau kau tak reti hargai.

Wednesday, April 16, 2014

Ketakutan

Kulit diukir
diukir kesedihan berpanjangan
lalu masih cekal aku menulis
dalam kesakitan dan kepedihan

pandangan mula lemas
aku tewas dengan minda
ditendang di kepala
ditendang di muka
kerana aku jahil ketakutan
aku mula maki
kau puki 
kau puki
Realiti.









Sunday, April 13, 2014

Dah 3-4 tahun aku nafas guna oxygen. Dan aku okay.

malam ni rajin pulak otak aku nak bukak memori itu ini
rokok pertama
pada masa yang sama, aku putar cd Creamson
alunan iramanya mampu pecahkan kesunyian dalam malam bisu ini
track ke 2, 'of lies and lovers'
aku ikut sekali jerit
aku tak tahu pun lirik lagu ni
suara hati keluar ikut roh pergi
3-4 tahun dah memori ni dalam kepala
satu satu aku bentuk macam tengah jawab soalan calculus
puki susah
kisah yang diakhiri dengan mati
semangat aku pun ikut sekali
masa tu aku tak penah bernafas guna oxygen
dan aku tak terkejut
mungkin aku gila
kadang kadang aku rasa aku kat syurga
walaupun aku tak tahu pun rupa syurga macam mana
tak boleh bantah perasaan ni
asap asap yang aku hembus masa 3-4 tahun dulu pun dah tah mana hilang
memang aku harap dia dah ada penganti.



Tuesday, April 8, 2014

Paranoid

Dengar sini
aku sedang menggunakan fikiranmu
dan aku adalah kemurungan
yang aku tahu adalah kemusnahan
kemusnahan fantasimu

kau tak akan memahami aku
cuma perhatikan keganasan aku
jangan bersedih keatas penindasan ini
kerana aku penindas paling durjana
datangnya dari neraka

tiada jalan keluar dari sini.
yang kelihatan hanya kesakitan
















Sunday, April 6, 2014

Basah dan Basi

kesakitan jadi telus
dan aku dibiarkan busuk
bersama sama
pembohongan, ketakutan dan manipulasi
Satu doktrin yang bermandikan kejahilan
tertulis didalam darah
yang menjadi lubang hitam
gangguan ini sentiasa ada
rakus, buas dan jahat
aku sedih berada disini
buang masa
buang tenaga
walau hari demi hari
aku cuba untuk cari cara baru
untuk melepaskan diri
dari terkunci
masih mencari solusi
basah dan basi.





Saturday, April 5, 2014

Cinta pandang pertama

Cinta pandang pertama.

Bukan selalunya kekal larut malam pertama.

Masih belum ada tajuk

Dalam rasa yang mengelamun ini
Sambil aku cuba cuba pejam mata
Putaran broken dari Jake Bugg
Menusuk masuk ke telinga terus ke otak
Otak pulak sibuk turun geletek ke kotak hati
Hati aku melayang layang ke satu daerah
rasa yang sukar digambarkan
Aku teringat seorang minah
Pantat apa kena mengena lagu Broken dengan minah ni
Kawan kepada kawan baik aku
Kawan lama kawan baik aku
Yang dulu dulu aku cuba puja
Puja tanpa sebab
Aku malu
Aku ada number fon 
Aku ada whatsapp
Fuck la apa bodoh aku ni
Tunggu saat 'berani' yang sampai mati tak reti nak jenguk aku kat sini
Ada jugak 2-3 kali aku mesej dia pesan tengok tengokkan kawan baik aku
Dan habis di situ
Aku malu sampai bengkak mulut bisu
Takut takut sentuh aku
Buat dia derita 1000 tahun 
Atau sentuh dia
Buat aku derita 10000 tahun
Pintu depan mata kunci tiada
Ada benda berbisik
"Dia tak pernah pandang kau pun"
Dan aku jerit
"Ya aku tahu la pukimak!, diam!!"
Aku biar dia berjalan berlalu depan aku
Entah hilang mana dia pergi
Janggal, ya itu yang aku takut
Bila keluar bunyi cengkerik
Itu yang cuba aku ubah
Ubah bunyi harimau mengaum
Tapi semua itu hilang jatuh dalam gaung
Hilang dalam hidup aku yang dah lama hilang
Hilang selera hilang nafsu nak bercinta
Konon konon nak sampai ke 'syorga'
Dia mungkin tak akan suka orang gila tulis puisi macam aku 
Dan dia mungkin tak akan suka orang gila musik kena guling dengan band sendiri macam aku
Aku tulis puisi cinta pinjam perasaan orang keliling
Senyum pula tiada pilihan perisa selain kemurungan
Jiwa hari hari dahagakan kegembiraan
Hari ini aku ada buka Instagram
Scroll ke bawah dan scroll ke bawah
Aku nampak gambar dia
Aku senyum 
Dia senyum 
Cantik
Rambut karat
Mata bulat
Yang bila aku renung memilu tajam menembus jiwa
Cuma aku masih belum dapat isyarat
Cinta datang cinta pergi
Esok aku harap dia tak datang lagi.

Friday, March 28, 2014

29.3.1993

Sejauh mana kita berpisah
Aku kesat air mata kau membasah

Walau masih tenang di mata
Duka lara tajam aku membaca

Dan setiap hari hari yang penuh liku
Kau masih punya bahu untuk mengadu

Mungkin waktu kian terus berlalu
Persahabatan kita tak akan lapuk di telan batu

Kalaupun ada kasar terluah antara kita
Siram la kembali bunga persahabatan ini
Agar mekar wangi kasih sayang mengharum kembali.

Biarpun puisi sebagai hadiah hari jadi
Biarpun tak semahal golden jubli
Tak sewangi bunga kasturi
Ia hanya sekeping bingkisan kenangan agar kau tak lupa.
Nilai sahabat mampu mengalahkan nilai bintang di langit sana.

Selamat hari jadi sahabat





Tuesday, March 25, 2014

Di sapa...

Hai anak Adam
Kenal diri mu
Semasa di dunia terangnya alam
Sekarang ruang mu kelam
Jadi, tiada beza siang dan malam.
Kubur

Menanti II

Di sini sunyi seperti selalu
Lagu hidupku terdasar bersepi
Dan jangan tanya lagi
Yang tinggal hanya harapan


Di sini sunyi seperti selalu
Segala ku lihat segala membayang
Segala ku sentuh segala menghilang
Hati gelisah dipeluk udara derita
Sambil menanti hanya diri
Kan kuhanyutkan hatiku
Membawa rindu menanti

Monday, March 24, 2014

Menanti

aku sudah pulang
pulang dari menanti
menanti yang tiada erti.

terima kasih buat aku menanti.

Sunday, March 23, 2014

Pura pura

Angin mati
Bikin hatiku menuju sepi

Maki maki pada angin

Di sini
Antara hiruk piruk dunia
Aku kuyah 
Aku telan 
Sengsara

Dalam senyum pura pura.

Tiada berapa lama antaranya.

Jangan di sangka semua tanah rata
Mengapa ada rumah dan kota
Maka setiap luka dan airmata
Terlalu kerap di dalam cinta

Saturday, March 22, 2014

Tuhan

Jangan kita salahkan Tuhan
Andai adil apa yang kita pertikaikan
Segala ramuan telah tersedia
Kita rebah memilih jalan yang berbelok


Marilah kita balik
Balik ke pangkal jalan
Menyempah kepada yang Satu
Mengerjakan apa suruhan-Nya


Untuk agama kita junjung
Untuk keredhaan kita mohon
Untuk jauhkan larangan-Nya
Untuk kemenangan di kurnia Tuhan.

Friday, March 21, 2014

Jiwa jiwa

Aku ini manusia liar
Hidup serba samar
Dunia yang penuh kisah derita
Lalu jiwa memberontak meminta
Tangisan
Keluhan 
Kepada diri yang penuh kelemahan
Aku juga manusia
Manusia yang sering lakukan kesilapan.



Wednesday, March 19, 2014

Lagu sedih

Aku putar lagu lagu sedih
Dalam putaran lagu lagu sedih 
Sambil perahu kenangan aku belayar di laut fikiran yang telah lama sepi
Fikiran aku terus merewang
Aku rasa hidup aku dah banyak berubah
Kerana sifat aku lebih kurang sama dengan irama lagu sedih
Bila bersendirian
Aku mendakap gema kesunyian
Untuk cari kebenaran

Betul kata kau
Dunia dah lama mati untuk aku.

Tuesday, March 18, 2014

#thisisthelifeless

Aku off internet dalam phone aku
Dan suasana jadi bisu
Aku cuba nak jauhkan diri dari semua orang
Aku tutup akaun twitter, facebook
Aku cuma nak cari ketenangan
Dan bila bertanya, aku diam 
Kadang aku tak paham diri aku
Aku tidur lama lama
Aku pasang lagu kuat kuat
Nak pekatkan telinga 
Sambil cuba kenang kenang
Semangat aku hilang kemana
Aku bercakap dengan diri sendiri
Termenung
Berhalusinasi
Lalu langit  halusinasi aku segera dilabuhi tirai realiti 
Sampai aku rasa aku ini mayat hidup 
Hari hari buat benda sama
Sebab aku rasa semua benda aku buat serba tak kena
Banyak betul persoalan dalam kepala otak aku ini
Dan kalau la aku ada jawapan untuk segala persoalan bodoh ini
Kadang aku terfikir kalau esok esok aku dah tak ada
Mungkin orang macam kau akan mula paham 
mula hargai orang yang kau layan lebih kurang ini
Hargai tentang kewujudan aku.

Setan tanduk tiga

Semalam aku dapat panggilan dari kawan lama
Kawan yang sama sama habiskan masa remaja dalam sekolah asrama
Hari ini dia dah berkerja berkhidmat untuk negara 
Atas alasan nak tolong keluarga beri kesenangan
Dah setahun lebih tak berjumpa
Dia belum tengok jambang aku kat muka
Dia mesti rasa janggal bila berjumpa
Dia mula bercerita
Kisah cinta dengan seorang wanita sundal 
katanya dia kena ubat ubat nasi kangkang
Ada benda dalam badan 
Buat dia jadi gila gila suka perempuan sundal 
Buat dia nampak ada sorang saja perempuan dalam dunia
Buat dia meroyan hidup sorang sorang
Mula mula aku ingat dia bergurau
Aku ambik masa nak paham
Dalam rasa sedih ini
Aku ketawa dalam hati
Manusia memang bangang 
Nak cinta sampai guna nasi kangkang
Dalam banyak banyak manusia pukimak
Yang guna nasi kangkang untuk mendapat cinta adalah salah satu manusia pukimak
Yang selalu bodoh buat malu agama 
Yang hanya ada islam pada kad pengenalan
Tiap tiap malam sembah setan tanduk tiga.

Pukimak

Aku ketawa sorang sorang
Bila kau kata
Dunia pukimak
Bukan dunia yang pukimak
Tapi manusia.
Pukimak

Monday, March 17, 2014

Sembunyi

Pandai dia sembunyi
Terkebil kebil aku cari
Tidur malam aku tak mimpi
Habis padam semua memori

Puisi aku letak dalam laci
Dia belum baca lagi

Aku lupa
Dia dah lama pergi
Aku yang belum celik 
Hadap realiti

Saturday, March 15, 2014

#PrayforMH370

7.3.14 misteri satu dunia
Kau lenyap dari mata
Persoalan menikam jiwa
Keluarga rakan mengigit sengketa
Walau tiada darah mengalir antara kita
Masih mampu berkongsi rasa
Masih mampu telan pahit bersama


Aku mohon
Aku rayu
Bukan bomoh silap mata
Bukan tomohan salah siapa
Tapi doa sebagai senjata
Tanam harapan cekal di jiwa


Pulanglah!
Ku mohon kepada mu Tuhan
Kau beri pertunjuk
Untuk berjuta harapan ini
Untuk sepi tersenyum kembali
Untuk air mata dan hati
Merasakan tenang terkunci
Pulanglah!

Nikmat dunia

Otak aku kosong kebelakangan ni
Mungkin aku dah berhenti fikir tentang kau
Kau kau dan kau
Aku tutup telinga 
Pandang bulan
Biar dia yang berbicara
Bicaranya semua baik baik belaka
Aku tutup mata
Dengar angin bertiupan
Belaiannya semua lembut lembut belaka
Aku tutup mulut
Diam hilang dalam dunia
Untuk kau sedar

Hidup aku tidak bergantung dengan kau seorang saja.

Adik

Adik,
aku memang di sini
selalu di sini
walau angin menolak pergi 
walau rindu di kalbu sunyi


Adik, 
kata-kata ku tidak bermaksud dalam dan tersirat
tidak jugak punya kasar berat
ku sampaikan bisik realiti
kadang kau sering berilusi
untuk corak dan warna di dalam hati


aku takut
semakin usia meningkat
semakin ego di angkat
kita bertengkar soal harta
kita ungkit sengketa
satu darah mengalir jadi sia-sia


setiap hari aku hadam
mungkin kau pun dah pernah dengar
"suasana dan masa telah mengubah manusia"

Lidah Manusia

aku tunduk diam membisu
bukan kerana aku lesu
aku pegang kata orang dulu-dulu
"lidah lebih tajam dari mata sembilu"

aku mahu mimpi lagi.

aku pura pura pejam mata
untuk buat kau datang
jenguk mimpi aku lagi!

Monday, March 10, 2014

titik

bila hidup berbicara janji
belum tentu ia pasti
selami jiwa sendiri
baik buruk kau hayati
biar jumpa jawapan hati
sampai masa hidup tersisih sendiri
yang masih mampu senyum bergigi

Takhta

dia
puas didik hati
dengan wanita dia selamat
dengan harta dia selamat

dia
dengan berkiblatkan
pujian,
nama,
takhta

dia kecundang.

Cinta dan Mati

apa persamaan cinta dan mati?
......
kedua dua cabut nyawa kau pergi.

Makan dalam

aku pura pura
senyum,
ketawa,
riang,
sebab aku tak mahu kau rasa
duka,
lara,
sakit,
yang kau buat
yang aku rasa

Dendam

dendam
aku dendam
semoga satu hari kau juga rasa dalam dalam
supaya kau tahu apa itu
dendam!!

Saturday, March 1, 2014

Setan

Aku menipu
Kerana bisikannya
Aku jahat tingkah laku
Kerana bisikannya
Aku punya hati busuk
Kerana bisikannya

Sedar tak dia takpenah bersalah
Kerana itu tugasnya
Dilulus dan disahkan 
Oleh yang Maha Esa

Surat untuk....

aku terperangkap
terperangkap diruang mimpi ngeri ku
tapi...

aku belum pun pejam mata
dan apabila aku pejam mata
aku paksa
aku arah
diri
untuk tulis sepucuk surat
masukkan di dalam envelop
masukkan di peti surat
supaya kau ingat
aku tunggu kau
sampai mati



Sampan Kertas

Pergi jauh
bawa jiwa luka
biar titis hujan membasah
berlayar sungai muntah kotoran
walau tapak ludah dipenuhi

selagi lara ini terus disembah
biarlah aku yang pergi.

Lari

Hari hari dari lari realiti
paling jauh pun tiap malam selimut mimpi
celik dinihari
realiti jenguk kembali