Friday, March 28, 2014

29.3.1993

Sejauh mana kita berpisah
Aku kesat air mata kau membasah

Walau masih tenang di mata
Duka lara tajam aku membaca

Dan setiap hari hari yang penuh liku
Kau masih punya bahu untuk mengadu

Mungkin waktu kian terus berlalu
Persahabatan kita tak akan lapuk di telan batu

Kalaupun ada kasar terluah antara kita
Siram la kembali bunga persahabatan ini
Agar mekar wangi kasih sayang mengharum kembali.

Biarpun puisi sebagai hadiah hari jadi
Biarpun tak semahal golden jubli
Tak sewangi bunga kasturi
Ia hanya sekeping bingkisan kenangan agar kau tak lupa.
Nilai sahabat mampu mengalahkan nilai bintang di langit sana.

Selamat hari jadi sahabat





Tuesday, March 25, 2014

Di sapa...

Hai anak Adam
Kenal diri mu
Semasa di dunia terangnya alam
Sekarang ruang mu kelam
Jadi, tiada beza siang dan malam.
Kubur

Menanti II

Di sini sunyi seperti selalu
Lagu hidupku terdasar bersepi
Dan jangan tanya lagi
Yang tinggal hanya harapan


Di sini sunyi seperti selalu
Segala ku lihat segala membayang
Segala ku sentuh segala menghilang
Hati gelisah dipeluk udara derita
Sambil menanti hanya diri
Kan kuhanyutkan hatiku
Membawa rindu menanti

Monday, March 24, 2014

Menanti

aku sudah pulang
pulang dari menanti
menanti yang tiada erti.

terima kasih buat aku menanti.

Sunday, March 23, 2014

Pura pura

Angin mati
Bikin hatiku menuju sepi

Maki maki pada angin

Di sini
Antara hiruk piruk dunia
Aku kuyah 
Aku telan 
Sengsara

Dalam senyum pura pura.

Tiada berapa lama antaranya.

Jangan di sangka semua tanah rata
Mengapa ada rumah dan kota
Maka setiap luka dan airmata
Terlalu kerap di dalam cinta

Saturday, March 22, 2014

Tuhan

Jangan kita salahkan Tuhan
Andai adil apa yang kita pertikaikan
Segala ramuan telah tersedia
Kita rebah memilih jalan yang berbelok


Marilah kita balik
Balik ke pangkal jalan
Menyempah kepada yang Satu
Mengerjakan apa suruhan-Nya


Untuk agama kita junjung
Untuk keredhaan kita mohon
Untuk jauhkan larangan-Nya
Untuk kemenangan di kurnia Tuhan.

Friday, March 21, 2014

Jiwa jiwa

Aku ini manusia liar
Hidup serba samar
Dunia yang penuh kisah derita
Lalu jiwa memberontak meminta
Tangisan
Keluhan 
Kepada diri yang penuh kelemahan
Aku juga manusia
Manusia yang sering lakukan kesilapan.



Wednesday, March 19, 2014

Lagu sedih

Aku putar lagu lagu sedih
Dalam putaran lagu lagu sedih 
Sambil perahu kenangan aku belayar di laut fikiran yang telah lama sepi
Fikiran aku terus merewang
Aku rasa hidup aku dah banyak berubah
Kerana sifat aku lebih kurang sama dengan irama lagu sedih
Bila bersendirian
Aku mendakap gema kesunyian
Untuk cari kebenaran

Betul kata kau
Dunia dah lama mati untuk aku.

Tuesday, March 18, 2014

#thisisthelifeless

Aku off internet dalam phone aku
Dan suasana jadi bisu
Aku cuba nak jauhkan diri dari semua orang
Aku tutup akaun twitter, facebook
Aku cuma nak cari ketenangan
Dan bila bertanya, aku diam 
Kadang aku tak paham diri aku
Aku tidur lama lama
Aku pasang lagu kuat kuat
Nak pekatkan telinga 
Sambil cuba kenang kenang
Semangat aku hilang kemana
Aku bercakap dengan diri sendiri
Termenung
Berhalusinasi
Lalu langit  halusinasi aku segera dilabuhi tirai realiti 
Sampai aku rasa aku ini mayat hidup 
Hari hari buat benda sama
Sebab aku rasa semua benda aku buat serba tak kena
Banyak betul persoalan dalam kepala otak aku ini
Dan kalau la aku ada jawapan untuk segala persoalan bodoh ini
Kadang aku terfikir kalau esok esok aku dah tak ada
Mungkin orang macam kau akan mula paham 
mula hargai orang yang kau layan lebih kurang ini
Hargai tentang kewujudan aku.

Setan tanduk tiga

Semalam aku dapat panggilan dari kawan lama
Kawan yang sama sama habiskan masa remaja dalam sekolah asrama
Hari ini dia dah berkerja berkhidmat untuk negara 
Atas alasan nak tolong keluarga beri kesenangan
Dah setahun lebih tak berjumpa
Dia belum tengok jambang aku kat muka
Dia mesti rasa janggal bila berjumpa
Dia mula bercerita
Kisah cinta dengan seorang wanita sundal 
katanya dia kena ubat ubat nasi kangkang
Ada benda dalam badan 
Buat dia jadi gila gila suka perempuan sundal 
Buat dia nampak ada sorang saja perempuan dalam dunia
Buat dia meroyan hidup sorang sorang
Mula mula aku ingat dia bergurau
Aku ambik masa nak paham
Dalam rasa sedih ini
Aku ketawa dalam hati
Manusia memang bangang 
Nak cinta sampai guna nasi kangkang
Dalam banyak banyak manusia pukimak
Yang guna nasi kangkang untuk mendapat cinta adalah salah satu manusia pukimak
Yang selalu bodoh buat malu agama 
Yang hanya ada islam pada kad pengenalan
Tiap tiap malam sembah setan tanduk tiga.

Pukimak

Aku ketawa sorang sorang
Bila kau kata
Dunia pukimak
Bukan dunia yang pukimak
Tapi manusia.
Pukimak

Monday, March 17, 2014

Sembunyi

Pandai dia sembunyi
Terkebil kebil aku cari
Tidur malam aku tak mimpi
Habis padam semua memori

Puisi aku letak dalam laci
Dia belum baca lagi

Aku lupa
Dia dah lama pergi
Aku yang belum celik 
Hadap realiti

Saturday, March 15, 2014

#PrayforMH370

7.3.14 misteri satu dunia
Kau lenyap dari mata
Persoalan menikam jiwa
Keluarga rakan mengigit sengketa
Walau tiada darah mengalir antara kita
Masih mampu berkongsi rasa
Masih mampu telan pahit bersama


Aku mohon
Aku rayu
Bukan bomoh silap mata
Bukan tomohan salah siapa
Tapi doa sebagai senjata
Tanam harapan cekal di jiwa


Pulanglah!
Ku mohon kepada mu Tuhan
Kau beri pertunjuk
Untuk berjuta harapan ini
Untuk sepi tersenyum kembali
Untuk air mata dan hati
Merasakan tenang terkunci
Pulanglah!

Nikmat dunia

Otak aku kosong kebelakangan ni
Mungkin aku dah berhenti fikir tentang kau
Kau kau dan kau
Aku tutup telinga 
Pandang bulan
Biar dia yang berbicara
Bicaranya semua baik baik belaka
Aku tutup mata
Dengar angin bertiupan
Belaiannya semua lembut lembut belaka
Aku tutup mulut
Diam hilang dalam dunia
Untuk kau sedar

Hidup aku tidak bergantung dengan kau seorang saja.

Adik

Adik,
aku memang di sini
selalu di sini
walau angin menolak pergi 
walau rindu di kalbu sunyi


Adik, 
kata-kata ku tidak bermaksud dalam dan tersirat
tidak jugak punya kasar berat
ku sampaikan bisik realiti
kadang kau sering berilusi
untuk corak dan warna di dalam hati


aku takut
semakin usia meningkat
semakin ego di angkat
kita bertengkar soal harta
kita ungkit sengketa
satu darah mengalir jadi sia-sia


setiap hari aku hadam
mungkin kau pun dah pernah dengar
"suasana dan masa telah mengubah manusia"

Lidah Manusia

aku tunduk diam membisu
bukan kerana aku lesu
aku pegang kata orang dulu-dulu
"lidah lebih tajam dari mata sembilu"

aku mahu mimpi lagi.

aku pura pura pejam mata
untuk buat kau datang
jenguk mimpi aku lagi!

Monday, March 10, 2014

titik

bila hidup berbicara janji
belum tentu ia pasti
selami jiwa sendiri
baik buruk kau hayati
biar jumpa jawapan hati
sampai masa hidup tersisih sendiri
yang masih mampu senyum bergigi

Takhta

dia
puas didik hati
dengan wanita dia selamat
dengan harta dia selamat

dia
dengan berkiblatkan
pujian,
nama,
takhta

dia kecundang.

Cinta dan Mati

apa persamaan cinta dan mati?
......
kedua dua cabut nyawa kau pergi.

Makan dalam

aku pura pura
senyum,
ketawa,
riang,
sebab aku tak mahu kau rasa
duka,
lara,
sakit,
yang kau buat
yang aku rasa

Dendam

dendam
aku dendam
semoga satu hari kau juga rasa dalam dalam
supaya kau tahu apa itu
dendam!!

Saturday, March 1, 2014

Setan

Aku menipu
Kerana bisikannya
Aku jahat tingkah laku
Kerana bisikannya
Aku punya hati busuk
Kerana bisikannya

Sedar tak dia takpenah bersalah
Kerana itu tugasnya
Dilulus dan disahkan 
Oleh yang Maha Esa

Surat untuk....

aku terperangkap
terperangkap diruang mimpi ngeri ku
tapi...

aku belum pun pejam mata
dan apabila aku pejam mata
aku paksa
aku arah
diri
untuk tulis sepucuk surat
masukkan di dalam envelop
masukkan di peti surat
supaya kau ingat
aku tunggu kau
sampai mati



Sampan Kertas

Pergi jauh
bawa jiwa luka
biar titis hujan membasah
berlayar sungai muntah kotoran
walau tapak ludah dipenuhi

selagi lara ini terus disembah
biarlah aku yang pergi.

Lari

Hari hari dari lari realiti
paling jauh pun tiap malam selimut mimpi
celik dinihari
realiti jenguk kembali