Tuesday, June 17, 2014

Rasa

Satu hari nanti
kau sendiri rasa

aku harap kau rasa
walaupun aku tahu berbeza
dan airmata kau itu 
hanya sia sia.

Saturday, June 7, 2014

Maka dia sudah dewasa. ADIK

Semalam sudah angah sampaikan
dari bibir ini terus ke telinga
dari hati ini terus ke akal
dari akal ini terus ke hatimu

hari ini
adalah hari kelahirmu
hari ini
adalah hari kemegahanmu
dan hari ini juga
adalah hari untuk kamu merenung jauh

segala gala pantas
seperti peluru
dan ia sudahpun ke lembaran baru
yang harus kamu tempuhi

kini dedaun kamu
sudah mula menghijau
dan akan terus menghijau
sehingga kekuningan reput

semaikanlah hati mu bersama kedamaian
supaya hati tiada cela dan cacat
buang segala ego dan dendam
supaya hidup berlandaskan ikhlas hadir senyuman

dan senyuman ini juga akan terpadam
tetapi kenangan itu
akan bertahan selamannya

angah lakarkan sebuah puisi ini
sebagai ingatan
ketika kita masih bernafas yang sama
ketika kita bertegur sapa
dan ketika kita masih bersama
semoga ia bermakna dan memiliki erti


Selamat Hari Lahir
senyum lah sikit
kerana ia mampu
membuatkan hati kamu
seperti di langit.