Sunday, October 18, 2015

Hiburan semata mata

Aku tahu aku bukan siapa siapa
Jika sinar bahagia itu 
Pilihan mu

Maka capailah

Pasti itu benar benar untuk mu
Walau siang itu kadang gelap
Walau malam itu kadang terang
Pasti ada baiknya

Kerana aku tak lagi ada disitu
Melihat dan mendengar
Mendengar dan melihat

mu..

Tuesday, July 28, 2015

Tiada apa yang menarik hari ini
kecuali menghembus 
asap asap himpunan 
kenangan
dari masa lalu

Dan ku sedut bait bait puisi luka
tidak lagi ku hembus.

Wednesday, July 22, 2015

Sakit tak?

Seperti manusia
aku juga punya rasa
rasa ?
kau juga punya rasa bukan ?
jangan risau
          esok 
                lusa


kau akan rasa.

Monday, July 6, 2015

Malam ini sajak tidur dengan tenang

Semalam aku ada tanya diri aku
depan cermin 
aku tanya 
dia tanya aku balik
geram betul rasa bercakap mcm ni
aku terus lekas hancurkan cermin tu
bodoh dia sama mcm bodoh budak sekolah yang sibuk nak main hal politik hal cinta 
bila ditanyanya siapa yang mula mula nak merdekakan malaysia.
" Tunku Abdul Rahman"
Bila ditanyanya apa itu cinta 
"Cinta adalah aku cium kau kita bikin anak"
butuh apa. 
ramai jugak manusia tanya aku apa difinisi cinta ni
aku gelakkan dan kemudian aku diam
ehh bodoh nak tahu apa itu cinta
kau balik kau hampar sejadah
kau sujud hadap DIA
tapi manusia ni dia taksub sangat
tah la mungkin perasaan cinta ini 
sememangnya tiada penawar
kalau tak ada cinta
tak ada la kita
aku pun bercinta dulu
aku rasa benda sama 
aku penah tolak tangga nak ke syurga
atau senang kata aku buta
penah sekali aku mohon aku ada kuasa telepot
boleh bila bila masa ada dgn dia
memang gila masa tuu
aku sedar semua ni
masa aku dah 4-5 tahun takhidu 
rasa cinta dari mana mana perempuan
ramai yang ragu ragu dgn aku
ada juga yang bilang 
aku ni minat kaum sendiri
suka main bontot 
menilai dari pandangan mata kasar
itu kita manusia
soal cinta soal hati
manusia mcm aku ni 
mahukan kesetiaan kekal lama 
biar maut saja yang memisahkan
bukan jenis kebanyakkan 
bosan tukar tukar pasangan
semalam ada sorang member aku
cakap aku tak bagus pun
menulis 
penulisan aku bukannya datang dari jiwa
penulisan aku poseur semata mata
"sudah lah tidak tahu menulis, berangan nak jadi penulis konon. mcm sarkas kau ni".
kadang aku sendiri rasa
semua puisi yang aku cipta
hanya sekadar sampah
di mana tong sampah pun tak boleh nak terima
tak boleh nak hadam 
dan tong sampah itu adalah kau yang sudah buang masa selama beberapa minit untuk hadam dan terima apa yang aku tulis ini. 









Thursday, June 11, 2015

Falsampah

Falsampah yang aku pegang ini
biar aku sendiri yang telan
kerana
suatu hari nanti kau tak akan ingat pun
setiap dari kata kata aku ini
dan 
ketika itu
kubur ku tidak lagi digali kembali.

Wednesday, April 22, 2015

Sunyi

Aku kenal dia siapa.
Aku tahu dia siapa.
aku berdamping dengan dia
Jadi aku tak kisah

untuk orang orang macam kau
mungkin akan kisah
gelisah 
risau
kau takut untuk kenal dia
kau benci dia 
kau maki maki dia


kau bilang 
"Aku sunyi"

dan sunyi itulah kawan yang sentiasa 
ada bila kau ditinggalkan mereka.

sunyi itu juga bernyawa.


Friday, April 17, 2015

Tukang magis

Kalau kau punya magis
aku cuma mahu kau buat satu perkara

boleh kau hilangkan 
aku
seketika.

itu saja aku minta

terima kasih.

Thursday, April 2, 2015

Siapa nya?

Katanya 
ini isinya bukan datang dari jiwa
"mana jiwa"
dia tanya mana ?

bilangnya
ini isinya terlalu "arus perdana"
"ahh selalu aku jumpa"
dia meronta ronta

sindirnya
ini isinya tiada metafora 
"aku mahu metafora"
dia meminta minta

ditinggalnya...
dia jugak tahu berbahasa.

Sunday, March 22, 2015

Ohh aku penat

Kerja tangguh tangguh
tak apa
biar lambat

masa yang ada relax relax
tak apa
esok ada

hari ini
aku menyesal 
tak apa
kemudian pasti berulang lagi
pasti sehingga tua pun begini. 

Sunday, February 22, 2015

Maaf

Maafkan aku.

aku lalai
terbiar 
terus aku abai

Maafkan aku

aku mahu mula baru.

Tuesday, February 3, 2015

Pening

Kalau esok lusa
Dunia ini bertukar tempat
Matahari jadi dunia
Dan dunia jadi matahari
Ruang ruang yang kita bina
Memori memori yang kita cipta
Aku sendiri taktahu mcm mana hendak menghabiskan sajak aku ini

Aku tengah pening

Maki.