Wednesday, April 22, 2015

Sunyi

Aku kenal dia siapa.
Aku tahu dia siapa.
aku berdamping dengan dia
Jadi aku tak kisah

untuk orang orang macam kau
mungkin akan kisah
gelisah 
risau
kau takut untuk kenal dia
kau benci dia 
kau maki maki dia


kau bilang 
"Aku sunyi"

dan sunyi itulah kawan yang sentiasa 
ada bila kau ditinggalkan mereka.

sunyi itu juga bernyawa.


Friday, April 17, 2015

Tukang magis

Kalau kau punya magis
aku cuma mahu kau buat satu perkara

boleh kau hilangkan 
aku
seketika.

itu saja aku minta

terima kasih.

Thursday, April 2, 2015

Siapa nya?

Katanya 
ini isinya bukan datang dari jiwa
"mana jiwa"
dia tanya mana ?

bilangnya
ini isinya terlalu "arus perdana"
"ahh selalu aku jumpa"
dia meronta ronta

sindirnya
ini isinya tiada metafora 
"aku mahu metafora"
dia meminta minta

ditinggalnya...
dia jugak tahu berbahasa.