Monday, September 8, 2014

Semalam dia bertemu tahi bintang dan perasaannya cemas kerana disangkakan jatuh tepat ke....

Aku dah jarang menulis
Aku dah jarang bercerita
Aku lebih banyak memendam rasa
Aku lebih banyak berimaginasi gila

Penah kau rasa apa aku rasa ?
Penah ?

Jadi tolong 
berhenti sebar cerita
berhenti tulis kau tahu aku siapa
berhenti tulis kau mengerti apa aku rasa

kerana

kau hanya hadir sementara





Pendekar itu aku dan itu hanya sementara.

Beberapa hari ini aku ditiup satu semangat pendekar
aku tanam nawaitu nak mengorak langkah
aku asahkan segala buah 
aku tajamkan keris sakti
aku mula pasang kuda kuda
baru saja mahu menghunus keris 

tiba tiba datang satu ribut

dibawanya semangat 
aku entah kemana

semuanya tergantung
macam entri ini.

aku rasa semangat itu dah ditelan galaksi
jauh dari sini
Ahh Bangsat!!



Asap Sigar

Asap asap sigar 
tolong aku 
hapuskan segala bau
yang pekat tajam 
membunuh deria

Asap asap sigar
tolong aku
kelamkan mata
ada yang masih 
jelas bayangnya

Asap asap sigar
tolong aku
kirimkan dia 
rasa ini 
rasa yang menikam 
sengsara air tangan dia